Tuesday, December 1, 2009

Memori - zaman sekolah 1

Tahun 2010 yang bakal menjelang ini, cukuplah 30 tahun aku meninggalkan zaman persekolahan. 30 tahun cukup lama. Sepanjang 30 tahun ini, banyak yang telah aku lalui. Pelbagai peristiwa yang telah aku alami. Tetapi sebenarnya peristiwa yang berlaku sepanjang aku bersekolah di ssms pulau sebang amat bermakna sekali.

Aku amat-amat berterima kasih kepada guru-guru yang pernah mengajar aku ketika di sekolah tersebut. Antara yang masih aku ingat Cikgu Rahim Hussin (mengajar sejarah dan bahasa). Cara beliau mengajar membuatkan aku meminati pelajaran tersebut. Puan Ann Mutiah yang mengajar perdagangan, Cikgu Mat Shah Lisut, Cikgu Fatimah dan beberapa cikgu lagi. Walau pun aku murid yang selalu tinggalkan kelas kerana latihan sukan, tapi rasanya akulah yang paling diingati kerana tidak pernah dapat menyiapkan kerja-kerja sekolah! (rasanya kalau anak aku buat macam ni , panjanglah leter aku).

Aku memang minat gile dengan sukan. Di sekolah, aku terkenal dengan nama rosnah kijang, konon-kononnya kuat lari (perasan). Acara balapan yang menjadi kegemaran aku ialah lompat pagar, 100m, 200m, 400m dan larian relay. Aku pernah bertanding sehingga peringkat daerah (aje!). Tetapi sebenarnya, akibat banyak waktu dihabiskan di padang, aku jauh ketinggalan di dalam pelajaran. Waktu itu aku tak mampu mengikuti kelas tution (tak macam budak sekarang). Jadi resultnya, hancus. Hajat nak mengulang semula setahun lagi di sekolah, tapi disebabkan tak cukup perbelanjaan kerana keadaan kewangan keluarga yang tidak mengizinkan, maka hasrat itu terbiar begitu saja.. Apa nak buat.


Well, rasanya cukup sampai di sini saja dulu, esok-esok sambung lagi.

2 comments:

  1. hii ros, memang kalau diingatkan masa kecik dulu rasa sgt terharu dan bila baca kisah u menitis air mata aku.selama ini aku sedih bila terpaksa duduk di melaka dengan nenek pasal aku ingat mak aku tak sayangkan aku tapi yaa aku sedar mak terpaksa buat begitu pasal tidak mampu menyara adik beradik kami yg seramai 11 org.lepas sekolah aku balik singapura tapi lepas tu baru aku sedar `home sweet home' ya i just realised my home is actually melaka not singapore dan kini aku bangga kerana aku org malaysia.

    ReplyDelete
  2. Waktu itu rasanya apa yang org tua buat kita rasa amat di pinggirkan. seolah-olah apa yang terjadi ke atas kita tu memang perkara yang malang. kini apa bila kita menjadi dewasa dan mempunyai anak sendiri, baru kita tahu setiap apa yang berlaku itu ada hikmah dan pengalaman itu yang mengajar kita menjadi tabah untuk mengharungi masa-masa yang akan datang.

    ReplyDelete