Sunday, December 5, 2010

REUNION

2 Dec lepas Shahrol call, bagitau pasal reunion SSMS 1975-80 pada 18 Dec nanti. Arrgh teringin nak pegi..tapi dapat ke?

Sekolah, cikgu & kawan2....nostalgia betullah. Warghh...nak jumpa bekas2 cikgu...malu, segan, bimbang...teruja sgt2. Ermm..agak2 ramai ke yang datang nanti? Seronok pulak rasanya nak ke sekolah tu semula. Teringat zaman nakal2 sewaktu sekolah dulu.

Oh Cikgu,
engkaulah penyuluh jalanku..
mencurah ilmu tanpa jemu..
membimbing aku tanpa rasa lesu...
menaburkan bakti tanpa rasa ragu...

Cikgu
walau semakin dimamah usia
walau semakin zaman berubah
jasamu tetap ku kenang
keringkat dan jerihmu
tetap ku hargai...




Perginya seorang 'ABAH'

Julai abah telah kembali ke rahmatullah...menyahut panggilan Ilahi..Seminggu sebelum pemergiannya, aku perasan wajahnya bersih dan berseri..kesihatannya kurang memuaskan. Masih lagi batuk..Sebulan sebelumnya, abah pernah dimasukkan ke hospital Tampin dua kali...kerana paru-parunya lembap..Kesian abah.

Petang Khamis, mak call bagitau nak buat majlis bacaan Yaasiin untuk abah. Memohon pada Allah swt yang terbaik untuk dia. Aku sampai dah nak masuk waktu Maghrib.. Aku peluk dan cium abah...dia senyum dan berkata "eh..bila kau sampai?'..Usai sahaja bacaan Yaasiin setengah jam selepas itu, abah kelihatan tercunggap-cunggap...seperti orang diserang asma...aku pernah merasainya begitu apabila diserang alergi...kesian abah...Aku suggest pada abang untuk hantar dia ke hospital...Kami membawanya ke hospital malam tu.

Perasaan aku bercampur baur....hati merasa kurang enak...sepanjang perjalanan Alim dan abg Raman tak berhenti mengajarnya mengucap dan menyebut kalimah Allah...pernafasan abah terhenti sekali....abg Raman panik... dia panggil abah berkali-kali...alhamdulillah abah kembali bernafas. Sampai sahaja di hospital..abah terus dibawa ke bilik kecemasan...abah diberi ubat pelali...itulah kali terakhir aku lihat abah bernafas dgn sendirinya...kemudian abah diberi pernafasan melalui oksigen...

Doktor refer abah ke hospital Seremban tapi kami menolak dan meminta utk ke hospital Melaka. Sejam kemudian, abah dibawa ke hospital Melaka. Sampai di sana, abah terus dimasukkan ke bilik kecemasan dan abah dirujuk kpd doktor2 pakar...diambil x-ray. Sejam kemudian, doktor explain, paru2nya ok tapi jantungnya yg bengkak...mungkin akibat kesukaran bernafas hampir sejam sebelum ke hospital. Abah kemudian dimasukkan ke wad CCU....abah dipasangkan mesin bantuan pernafasan...diberi ubat pelali untuk berehat..kesian abah.

Aku dan akak menjaga abah di hospital malam tu...kesian abah. Sedih tengok keadaannya yg terlantar tidak bergerak...Allah swt telah menarik nikmat yg diberi pada abah. Abah selama ini amat bertenaga ketika mudanya...menoreh, menjaga lembu, berkebun dan abah memang tidak reti duduk diam..rumah kami di kampung abah tanam pokok buah2an...kata dia, dia tak dapat makan tak apa, biar anak cucu yang makan...

Pada nurse yg bertugas, aku tanyakan keadaan abah..explain nurse, tekanan darah menurun, abah demam agak tinggi, abah bergantung sepenuhnya dengan mesin pernafasan...hatiku agak resah mendengar penerangannya. Argh...rupanya sudah sampai masa abah untuk pergi...malam tu aku tak dapat tidur...entah berpuluh kali rasanya aku membaca surah yaasiin dan aku sedekah pada abah supaya abah dpt mengadap Illahi dengan mudah...aku bermunajat pada Allah swt agar abah dikumpulkan dgn orang-orang yg soleh kelak...Malam tu aku membuat keputusan utk meminta persetujuan semua adik beradik utk membawa abah pulang sahaja ke rumah....Esoknya, aku minta abg Hashim dtg awal dan menyatakan hasrat aku...beliau agak terkejut...dan begitu juga pendapat doktor pakar pagi tu. Kami decide bawak abah balik. Abah dibawa dgn ambulan...& sampai sahaja di rumah dlm tengahari dan setelah dicabut alat pernafasan...abah pun kembali menemui Allah swt. Sedih dan tiada lagi air mata. Aku redha dengan pemergian abah. Aku sedekahkan roh abah dgn bacaan al-quran sepanjang proses utk pengkebumiannya.

Waktu itu aku tak nampak siapa yang datang. Hanya tunduk membaca al-quran. Kata mak ramai yg datang..rakan taulan, sahabat handai...saudara mara.

Abah dalam kenangan.
Sehingga kini, setiap kali aku teringatkan abah, air mata pasti mengalir. Setiap kali aku membaca al-quran, aku pasti rasa sebak..
Dulu abah amat gigih bekerja untuk membesarkan kami sembilan beradik. Pernah kami berpindah ke Bukit Beruntung (felda) tapi disebabkan ketiadaan sekolah, abah give up...lalu abah bekerja di estate di Semenyih. Kami duduk di sana lebih kurang 2 tahun. Kemudian kami berpindah ke estate di Nilai. Abah dan mak lama di sana. Aku dan abg Raman dan 3 adik di bawah aku duduk dgn abah dan mak. Yg lain2 duduk di kampung. Jerit perih abah memelihara kami amat aku rasai..pernah kami dihina hanya kerana abah dan mak pekerja estate sbg penoreh getah..

Abah waktu mudanya, amat garang. Sbg ketua keluarga abah memang sukar didekati apatah lagi utk kami bermesra. Tapi bila dikenang semula, kalau abah tak garang tentu anak2 tak dengar kata. Bila usia semakin meningkat, aku lihat dan merasa abah amat menyayangi kami sebenarnya. Abah peluk dan cium aku, itu tak aku rasai waktu abah muda.

Kini sejak pemergian abah, aku lihat mak kesunyian. Kami duduk berjauhan. Tapi Lina selalu balik utk menjenguk dia. Mak duduk dgn abg Raman. Tapi selepas hari raya haji, abg Raman berhijrah ke Sabah dan mak mengikutnya. Biarlah mak berjalan2 bertukar angin ke Sabah.
Aku kini amat merasai akan ketiadaan abah. Tak dapat lagi dengar dia ketawa, tak dapat lagi mendengar dia bertengkar dgn mak..tak dpt lagi tengok dia mendengar tv..Semuanya kini hanya dalam kenangan.

Abah
pergi mu dalam tangisan ku
ketiadaan mu dirasai
sunyinya tanpa hadir mu
tiada lagi tangan utk dikucup
di hari lebaran
hanya doa dan bacaan al-quran
buat mu abah

Ya Allah
tempatkanlah abah
bersama org2 yg soleh
jadikanlah kubur abah
taman-taman syurga
jauhilah abah dr seksaan
kubur dan neraka

Ya Allah
jadikan kami anak2 yg
sentiasa mendoakan utknya....
Amiin Ya Rabb.

Tuesday, June 1, 2010

BEKERJA SEMULA

Pertengahan Dis last year, aku bekerja semula iaitu setelah hampir 11 tahun aku menguruskan rumah tangga. Aku bekerja di sekolah rendah swasta di seksyen 4 shah alam. Seronok dpt bekerja dengan budak2 sekolah. Teringat pulak sewaktu bersekolah dulu. Jawatan aku hanyalah sbg pem. pentadbiran shj, segala macam aku kena buat-- librarian, gardener, cleaner, ustazah dan pelbagai tugas yg memerlukan bantuan. Namun aku merasa sangat seronok.

Mrk yg bersekolah, terdiri dr kanak2 yg ibu bapa mrk mempunyai pendptn yg agak lumayan. Bayangkanlah yuran sekolah sebyk 430 belum lagi dgn swimming, teakwando, archery dan club lagi. Kalau dihitung semuanya mau seribu lebih sebulan. Fuh! dahsyat.

Tapi bila aku tengok budak2 tu, life mrk agak membosankan. Mrk tak tahu apa itu permainan tradisional, tak tahu main2 lumpur, mandi2 sungai... hidup mrk hanya game, computer shj. Syg sekali mrk tidak pandai menjaga diri. Yg agak kelakarnya, budak2 lelaki sibuk nak main batu seremban. Ha..ha..ha ada ke?

Budak2 darjah 4 dan 5, setiap masa yg terluang...asyik main. Tak matured langsung. Tapi bab feeling jgn cakaplah. Mrk dah pandai jatuh hati pd ustaz yg handsome. Fuh! kanak2 cyber dahsyat sungguh.

Tapi yg best sekali, mrk amat rapat dgn guru2 mrk. Pd hari guru yg lepas, byk betul cikgu2 dpt hadiah, sampai cikgu2 kena cari kotak yg besar nak isi hadiah. Itu tandanya mrk syg cikgu mrk walaupun adakalanya tak buat kerja sekolah, tak bawak buku, tak ada pensil dan pelbagai macam ragam.

Tuesday, May 25, 2010

Exam
ari ini bermula mid sem exam di sekolah. Kesian cikgu2 yg prepare & handle exam. Teringat pulak waktu sekolah dulu. Bila masa nak exam kita org baca buku bagai nak rak. Ke hulu ke hilir ngan buku, tapi bila result keluar kantoi lah jugak. Bila dah tua2 ni rasa nyesal lah pulak sbb tak baca buku dan study betul2. Emm. ... org tua tak bising, tak mcm skrg, bila anak2 nak exam, kita yg risau lebih bila tengok dia org relax. Hish, budak2 tak tau masa depan yg mendtg amat mencabar jika tanpa keputusan exam yg baik. Lebih2 lagi skrg ni kalau tak dpt straight As jgn haraplah nak masuk mana2 pusat pengajian tinggi.... pergi yg berbayar lah jwpnya.




Sunday, May 23, 2010

HARI GURU

Lama tak update blog. Jumaat lepas, di sekolah anak aku menyambut hari guru. Jemaah pengawas yg menganjurkan majlis. Walaupun agak tidak tersusun tapi dikira bolehlah..... Agak terharu bila murid2 membuat ucapan dan menyanjung tinggi jasa guru-guru mereka. Teringat pulak waktu aku sekolah dulu. Ketika menyambut hari guru, pelbagai aktiviti yg kami adakan. Perlwnan bola sepak dgn guru -- mrk memakai kain batik ketika perlwnan berlangsung, memang seronok waktu itu.

Cikgu,
40 tahun telah berlalu
semakin usia meningkat tua
jasa dan ilmu yg telah dicurah
masih bersisa di jiwa raga
walau ke mana dan di mana
kaki melangkah dan menjajah
namun jasamu tetap dibawa.

Ilmu yg diterima
akan aku panjang2kan
agar Allah anugerahkan
pahala utkmu...
buat bekalan di hadapanNya!

Selamat Hari Guru
walau terlewat mengucapkannya
semoga semua para guru
selamat sejahtera di dunia dan akhirat.
Aminnn....

Tuesday, January 5, 2010

Menginjak Remaja

Assalamualaikum. Lama sungguh tidak menulis. Tahun 1979, selepas keputusan SRP diumumkan, aku agak hampa dengan keputusannya. Tapi apa nak buat. Apa-apa pun aku memohon untuk kemasukan ke sekolah vokasional di Alor Gajah dan permohonan itu diterima. Namun disebabkan nenek aku tidak mengizinkan, maka hasrat itu berkubur di situ sahaja, walaupun aku begitu menginginkannya. Alasannya, tiada sesiapa yang akan menjaga adik-adik aku. Well, dia yang sebagai penjaga, maka keputusannya adalah muktamat.

Aku meneruskan persekolahan ku di SSMS. Bermulanya tahun itu, aku agak aktif dengan sukan dan kelab. Hoki, olahraga, librarian dan persatuan. Aku ditempatkan di kelas 4B. Di kelas itu, aku mula rapat dengan Ruhana, Rozila, Saluah dan beberapa orang lagi. Di kelas aku suka dengan mata pelajaran BM, Cikgu Rahim Hussin yang ajar dan pencapaian aku agak baik.

Tahun berikutnya aku dinaikkan ke kelas 5A. Murid-murid kelas tersebut dahsyat,mereka pandai-pandai belaka. Zamira, Ayob, Ismail, Saadiah, Rosnani, Norlidah dan ramai lagi yang memang pandai. Aku pulak banyak menghabiskan masa di padang dengan latihan sukan. Cikgu selalu marah kat aku kerana tidak pernah dapat menyiampankan kerja-kerja sekolah.

2 bulan sebelum menduduki peperiksaan SPM, aku duduk menumpang di rumah Saluah sebab jarak ke sekolah lebih dekat dan dapatlah belajar lebih lama dan menumpukan perhatian untuk exam. Itupun jenuh aku memujuk nenek aku untuk mendapat keizinannya. Aku tengok kemesraan keluarga Saluah. Mereka agak rapat ialah semua adik-beradiknya perempuan belaka kecuali seorang lelaki. Mak Saluah is a great cook. Orangnya ramping, ramah mesra dan penyayang. Aku suka dan aku turut rasa di sayangi.

Kami sama-sama belajar tetapi ada beberapa perkara yang selalu merungsingkan fikiran aku. Sebagai kakak, aku merasakan aku mengkhianati adik-adik aku. Waktu mereka memerlukan perhatian, aku tiada di samping mereka. AKu sering tidak dapat menumpukan perhatian di dalam pelajaran. Ada lemah dalam beberapa mata pelajaran terutamanya matematik, sains dan bahasa inggeris. Namun aku tiada pembimbing. Waktu dulu guru-guru agak sukar untuk didampingi malah aku juga tidak mampu untuk memasuki kelas-kelas tution. Keputusan peperiksaan SPM agak mengecewakan. Untuk mengulang semula bukanlah sesuatu perkara yang mudah kerana kekurangan sumber kewangan. Akhirnya aku meminta untuk memasuki kelas menaip di Tampin. Untuk ke Tampin dari rumah aku, aku terpaksa berjalan keluar ke jalan utama sejauh 3 km. Mujurnya kelas itu hanya 3 kali seminggu. Aku berjaya di dalam peperiksaan rendah.
AKu bercadang untuk memasuki kelas pertengahan tapi waktu itu busu (emak saudara) memerlukan khidmat aku untuk menjaga anaknya. Maka aku ke Jasin untuk menjaga sepupu aku (bukan aku sahaja kerana kak saudara aku juga ada bersama-sama). Aku meneruskan kursus menaip peringkat pertengahan di Jasin. Aku lulus di peringkat itu. Sehingga itu, khidmat aku diperlukan pula oleh kakak ipar aku. Maka aku ke Pusat Kesihatan Kecil di Lubuk China untuk menjaga anak-anak buah aku kerana pengasuhnya perlu bercuti.

Begitulah aku sebelum aku mula bekerja di kilang elektronik di Melaka. Setakat ini dulu, esok-esok aku akan ceritakan pengalaman aku di kilang tersebut. Hingga berjumpa lagi.