Sunday, December 5, 2010

Perginya seorang 'ABAH'

Julai abah telah kembali ke rahmatullah...menyahut panggilan Ilahi..Seminggu sebelum pemergiannya, aku perasan wajahnya bersih dan berseri..kesihatannya kurang memuaskan. Masih lagi batuk..Sebulan sebelumnya, abah pernah dimasukkan ke hospital Tampin dua kali...kerana paru-parunya lembap..Kesian abah.

Petang Khamis, mak call bagitau nak buat majlis bacaan Yaasiin untuk abah. Memohon pada Allah swt yang terbaik untuk dia. Aku sampai dah nak masuk waktu Maghrib.. Aku peluk dan cium abah...dia senyum dan berkata "eh..bila kau sampai?'..Usai sahaja bacaan Yaasiin setengah jam selepas itu, abah kelihatan tercunggap-cunggap...seperti orang diserang asma...aku pernah merasainya begitu apabila diserang alergi...kesian abah...Aku suggest pada abang untuk hantar dia ke hospital...Kami membawanya ke hospital malam tu.

Perasaan aku bercampur baur....hati merasa kurang enak...sepanjang perjalanan Alim dan abg Raman tak berhenti mengajarnya mengucap dan menyebut kalimah Allah...pernafasan abah terhenti sekali....abg Raman panik... dia panggil abah berkali-kali...alhamdulillah abah kembali bernafas. Sampai sahaja di hospital..abah terus dibawa ke bilik kecemasan...abah diberi ubat pelali...itulah kali terakhir aku lihat abah bernafas dgn sendirinya...kemudian abah diberi pernafasan melalui oksigen...

Doktor refer abah ke hospital Seremban tapi kami menolak dan meminta utk ke hospital Melaka. Sejam kemudian, abah dibawa ke hospital Melaka. Sampai di sana, abah terus dimasukkan ke bilik kecemasan dan abah dirujuk kpd doktor2 pakar...diambil x-ray. Sejam kemudian, doktor explain, paru2nya ok tapi jantungnya yg bengkak...mungkin akibat kesukaran bernafas hampir sejam sebelum ke hospital. Abah kemudian dimasukkan ke wad CCU....abah dipasangkan mesin bantuan pernafasan...diberi ubat pelali untuk berehat..kesian abah.

Aku dan akak menjaga abah di hospital malam tu...kesian abah. Sedih tengok keadaannya yg terlantar tidak bergerak...Allah swt telah menarik nikmat yg diberi pada abah. Abah selama ini amat bertenaga ketika mudanya...menoreh, menjaga lembu, berkebun dan abah memang tidak reti duduk diam..rumah kami di kampung abah tanam pokok buah2an...kata dia, dia tak dapat makan tak apa, biar anak cucu yang makan...

Pada nurse yg bertugas, aku tanyakan keadaan abah..explain nurse, tekanan darah menurun, abah demam agak tinggi, abah bergantung sepenuhnya dengan mesin pernafasan...hatiku agak resah mendengar penerangannya. Argh...rupanya sudah sampai masa abah untuk pergi...malam tu aku tak dapat tidur...entah berpuluh kali rasanya aku membaca surah yaasiin dan aku sedekah pada abah supaya abah dpt mengadap Illahi dengan mudah...aku bermunajat pada Allah swt agar abah dikumpulkan dgn orang-orang yg soleh kelak...Malam tu aku membuat keputusan utk meminta persetujuan semua adik beradik utk membawa abah pulang sahaja ke rumah....Esoknya, aku minta abg Hashim dtg awal dan menyatakan hasrat aku...beliau agak terkejut...dan begitu juga pendapat doktor pakar pagi tu. Kami decide bawak abah balik. Abah dibawa dgn ambulan...& sampai sahaja di rumah dlm tengahari dan setelah dicabut alat pernafasan...abah pun kembali menemui Allah swt. Sedih dan tiada lagi air mata. Aku redha dengan pemergian abah. Aku sedekahkan roh abah dgn bacaan al-quran sepanjang proses utk pengkebumiannya.

Waktu itu aku tak nampak siapa yang datang. Hanya tunduk membaca al-quran. Kata mak ramai yg datang..rakan taulan, sahabat handai...saudara mara.

Abah dalam kenangan.
Sehingga kini, setiap kali aku teringatkan abah, air mata pasti mengalir. Setiap kali aku membaca al-quran, aku pasti rasa sebak..
Dulu abah amat gigih bekerja untuk membesarkan kami sembilan beradik. Pernah kami berpindah ke Bukit Beruntung (felda) tapi disebabkan ketiadaan sekolah, abah give up...lalu abah bekerja di estate di Semenyih. Kami duduk di sana lebih kurang 2 tahun. Kemudian kami berpindah ke estate di Nilai. Abah dan mak lama di sana. Aku dan abg Raman dan 3 adik di bawah aku duduk dgn abah dan mak. Yg lain2 duduk di kampung. Jerit perih abah memelihara kami amat aku rasai..pernah kami dihina hanya kerana abah dan mak pekerja estate sbg penoreh getah..

Abah waktu mudanya, amat garang. Sbg ketua keluarga abah memang sukar didekati apatah lagi utk kami bermesra. Tapi bila dikenang semula, kalau abah tak garang tentu anak2 tak dengar kata. Bila usia semakin meningkat, aku lihat dan merasa abah amat menyayangi kami sebenarnya. Abah peluk dan cium aku, itu tak aku rasai waktu abah muda.

Kini sejak pemergian abah, aku lihat mak kesunyian. Kami duduk berjauhan. Tapi Lina selalu balik utk menjenguk dia. Mak duduk dgn abg Raman. Tapi selepas hari raya haji, abg Raman berhijrah ke Sabah dan mak mengikutnya. Biarlah mak berjalan2 bertukar angin ke Sabah.
Aku kini amat merasai akan ketiadaan abah. Tak dapat lagi dengar dia ketawa, tak dapat lagi mendengar dia bertengkar dgn mak..tak dpt lagi tengok dia mendengar tv..Semuanya kini hanya dalam kenangan.

Abah
pergi mu dalam tangisan ku
ketiadaan mu dirasai
sunyinya tanpa hadir mu
tiada lagi tangan utk dikucup
di hari lebaran
hanya doa dan bacaan al-quran
buat mu abah

Ya Allah
tempatkanlah abah
bersama org2 yg soleh
jadikanlah kubur abah
taman-taman syurga
jauhilah abah dr seksaan
kubur dan neraka

Ya Allah
jadikan kami anak2 yg
sentiasa mendoakan utknya....
Amiin Ya Rabb.

No comments:

Post a Comment